Soalan Lazim
Undang-undang Kredit Pengguna
CCA disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun 2025.
Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Consumer Credit Oversight Board, CCOB)
CCA akan ditadbir oleh Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB), sebuah badan berkuasa berwibawa bebas di bawah Kementerian Kewangan (MOF).
Hal ini bermaksud CCOB akan memanfaatkan teknologi digital dalam
keseluruhan operasi mereka bagi memberikan kecekapan yang
lebih baik kepada peserta industri. Teknologi akan diterapkan dalam
mendidik dan mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan
masyarakat.
CCOB bertanggungjawab untuk, antara lain:
a) Memberi kuasa dan menyelia entiti yang menjalankan perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit;
b) Mempromosikan dan menguatkuasakan amalan yang wajar di kalangan penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit;
c) Menggalakkan pembangunan industri kredit pengguna.
Pemberikuasaan, Tadbir Urus dan Standard Amalan
Entiti tersebut memerlukan lesen dari atau mendaftar dengan CCOB
untuk menjalankan setiap jenis perniagaan kredit atau perniagaan
perkhidmatan kredit di bawah skop CCA. Dalam Fasa 1, sebelum
kuasa pengawalseliaan daripada KPKT dan KPDN dipindahkan
kepada CCOB, entiti yang ingin menjalankan perniagaan seperti
pemberi pinjam wang atau pajak gadai masih perlu mendapatkan
lesen daripada pihak berkuasa pengawalseliaan masing-masing.
Perkhidmatan platform pinjaman khalayak dalam talian bermaksud
aktiviti pengendalian platform elektronik yang dibenarkan oleh SC
untuk memudahkan, secara langsung atau tidak langsung,
pemberian pinjaman atau pembiayaan kredit kepada pengguna
kredit. Untuk tujuan CCA, pengendali pinjaman P2P menyediakan
perkhidmatan pinjaman khalayak dalam talian. Walau
bagaimanapun, pengendali pinjaman P2P yang kini berdaftar
dengan SC tidak perlu memohon pendaftaran dengan CCOB
sebagai penyedia perkhidmatan pinjaman khalayak dalam talian
atau sebagai penyedia perkhidmatan pinjaman wang. SC, sebagai
salah satu RSA, akan melaksanakan pengawasan penyeliaan dan
penguatkuasaan CCA ke atas pengendali P2P berhubung dengan
pelaksanaan aktiviti tersebut.
Pemberikuasaan oleh CCOB hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
Proses ini melibatkan penyerahan permohonan kepada CCOB dan
perbincangan secara digital dengan CCOB. CCOB akan berusaha
untuk memaklumkan keputusan permohonan dalam tempoh 3 bulan,
tertakluk pada permohonan yang lengkap dikemukakan bersama
maklumat yang diperlukan.
Tidak perlu. Lesen atau pendaftaran yang diberikan akan terus sah
kecuali dibatalkan, digantung, pemegang lesen atau pemegang
pendaftaran (registrant) dibatalkan pendaftaran, atau perniagaan
telah menghentikan operasi. Individu pemegang lesen atau
pemegang pendaftaran perlu membayar fi tahunan sepanjang
tempoh sah laku lesen/pendaftaran tersebut.
Pembatalan/penggantungan/pembatalan pendaftaran boleh berlaku
apabila terdapat kegagalan mematuhi
peruntukan/peraturan/standard CCA seperti yang berikut:
• Tidak membayar lesen tahunan/fi pendaftaran
• Ketidakpatuhan kepada obligasi kewangan, tadbir urus, amalan
dan pelaporan
• Kegagalan untuk memenuhi keperluan kesesuaian dan kelayakan
kakitangan utama.
Fi pengawalseliaan CCOB adalah berdasarkan tiga bidang yang
berikut:
• Kemasukan
Fi pemprosesan tidak akan dikembalikan bagi permohonan
lesen/pendaftaran baharu.
• Penyelenggaraan - Perkhidmatan Pengawalseliaan
Fi adalah berkadar dengan mengambil kira prestasi perniagaan
entiti, iaitu mengikut tahap pendapatan/hasil. Sebahagian
daripada fi tahunan ini akan diguna pakai untuk membiayai kos
pengawalan dan penyeliaan CCOB (contohnya sistem dan portal
dalam talian, kerja pengawasan dan penyeliaan, program
kesedaran dan pendidikan serta sebagainya).
• Pematuhan Kawal Selia - Fi Pencegahan
Fi untuk menyemak/menilai permohonan pelepasan/ R atau
lanjutan masa. Fi ini adalah untuk mengukuhkan disiplin industri
dan tahap pematuhan.
Tidak. Entiti yang telah diberikan lesen atau didaftarkan di bawah
CCA tidak dibenarkan memindah/menjual/memajak lesen atau
pendaftaran mereka kepada mana-mana pihak atau orang lain.
Sebarang cadangan aktiviti korporat (penyatuan atau
penggabungan) memerlukan kebenaran terlebih dahulu daripada CCOB atau Pihak Berkuasa Kawal Selia dan Penyeliaan (Regulatory
and Supervisory Authority, RSA) yang berkenaan.
Pematuhan Syariah hendaklah menyeluruh iaitu pada setiap
peringkat rantaian nilai operasi/perniagaan sebelum perniagaan
tersebut boleh mempromosikan atau memperkenalkan entiti sebagai
perniagaan kredit patuh Syariah.
Tidak, semua entiti yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti kredit
pengguna di Malaysia perlu diperbadankan di dalam negeri.
Secara amnya, tidak. Penetapan fi dan caj adalah keputusan komersial.
Walau bagaimanapun, CCOB akan menggunakan pengawasan di mana fi dan caj memberi kesan kepada kawasan perlindungan pengguna kredit seperti kejelasan maklumat yang diberikan kepada pengguna kredit dan sama ada terdapat yuran dan caj yang berlebihan atau tidak munasabah yang dikenakan kepada pengguna kredit.
Amalan Perniagaan dan Bidang Perlindungan Kredit Pengguna
Penilaian Kemampuan
Ya, semua penyedia kredit bukan bank dikehendaki membuat
penilaian kemampuan ke atas pengguna individu sebelum sebarang kredit
ditawarkan.
Mereka perlu memastikan bahawa peminjam
mempunyai keupayaan untuk membayar balik hutang sepenuhnya tanpa mengakibatkan kesulitan kewangan yang tidak dijangka, di sepanjang tempoh kredit.
Kutipan Hutang Secara Adil
Tidak. Walau bagaimanapun, penyedia kredit/penyedia
perkhidmatan kredit perlu memastikan bahawa agensi kutipan
hutang tersebut berdaftar dengan CCOB.
Pengurusan Aduan
Pengguna kredit yang berasa tidak dilayan secara adil boleh
membuat aduan terhadap penyedia kredit/penyedia perkhidmatan
kredit melalui sistem tersebut. Portal ini akan saling beroperasi
dengan sistem pengendalian aduan dalaman penyedia
kredit/penyedia perkhidmatan kredit. Langkah ini membolehkan
perkongsian maklumat, interaksi dan penyelarasan antara CCOB dengan RSA masing-masing mengenai aduan yang melibatkan
pelbagai agensi kawal selia.
Semua penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu
mewujudkan dan melaksanakan proses pengendalian aduan yang
komprehensif termasuk menyediakan pusat perhubungan khusus (a
dedicated point of contact) yang boleh diakses secara meluas bagi
mengendalikan aduan daripada pengguna kredit.
[Nota: CCOB akan membangunkan sistem pengurusan aduan
sehenti (complaints management system, CMS) untuk
membolehkan penyedia kredit/ penyedia perkhidmatan kredit
menerima aduan daripada pengguna kredit. CMS tersebut akan
saling berhubungi dengan sistem pengendalian aduan dalaman milik
penyedia kredit/ penyedia perkhidmatan kredit. Penyedia kredit/
penyedia perkhidmatan kredit yang tidak mempunyai sistem
pengendalian aduan dalaman yang dibangunkan sepenuhnya boleh
menggunakan sistem ini untuk mengendalikan aduan.]
Pengemaskinian Pembiayaan Sewa Beli
Penambahbaikan yang dicadangkan kepada ASB hanya akan
terpakai ke atas kontrak sewa beli baharu yang ditandatangani
selepas peruntukan-peruntukan yang disemak semula di bawah ASB
telah digubal dan berkuat kuasa. Peminjam sedia ada akan terus
tertakluk kepada terma di bawah kontrak sewa beli sedia ada.
Larangan ini bertujuan untuk memastikan hasil yang lebih adil bagi
peminjam, terutamanya bagi mereka yang menyelesaikan pinjaman
mereka dengan lebih awal.
a) Cara pengiraan kaedah Peraturan 78 memperuntukkan bayaran
faedah yang lebih tinggi pada permulaan tempoh pinjaman. Hal
ini bermakna sebahagian besar daripada jumlah pembayaran
balik pinjaman akan digunakan untuk membayar faedah
berbanding baki jumlah pokok. Peminjam yang ingin
menyelesaikan pinjaman mereka dengan lebih awal akan
berhadapan dengan jumlah pokok tertunggak yang lebih tinggi
berbanding kaedah pengiraan pembayaran faedah yang lain.
b) Kaedah kadar rata adalah tidak adil kepada peminjam kerana
sepanjang tempoh pinjaman, peminjam dikenakan faedah
berdasarkan jumlah pokok asal yang mereka pinjam dan
bukannya berdasarkan jumlah tertunggak yang berkurangan
dengan setiap pembayaran balik. Ini menyebabkan peminjam
membayar faedah yang jauh lebih tinggi berbanding pinjaman
yang mengenakan faedah berdasarkan kaedah baki
berkurangan.
Kaedah Peraturan 78 diiktiraf secara global sebagai tidak adil kepada
peminjam. Amalan ini dilarang dalam bidang kuasa seperti Australia,
New Zealand, United Kingdom (UK), dan beberapa negeri di Amerika
Syarikat. Penawaran pinjaman kadar rata juga adalah dilarang di
Australia dan New Zealand. Dalam bidang kuasa seperti UK dan
Amerika Syarikat, tawaran pinjaman kadar rata hanya dibenarkan
apabila faedah yang dikenakan adalah sama atau lebih rendah
daripada faedah yang dikenakan di bawah kaedah baki berkurangan.
Kaedah baki berkurangan akan digunakan oleh penyedia sewa beli
untuk mengira faedah. Kaedah ini melibatkan pengiraan faedah ke
atas baki tertunggak pinjaman setiap bulan, iaitu setiap kali peminjam
membayar balik pinjaman, jumlah faedah yang dikenakan juga
berkurangan dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan pembayaran
balik bulanan yang lebih adil sepanjang tempoh pinjaman.
Jika peminjam menyelesaikan pinjaman sewa beli mereka dengan
lebih awal dengan menggunakan kaedah baki berkurangan, baki
jumlah yang perlu dibayar balik akan lebih rendah berbanding
dengan menggunakan kaedah Peraturan 78. Sebagai contoh,
pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh institusi kewangan
adalah berdasarkan kaedah baki berkurangan
Ya, penyedia sewa beli akan terus menawarkan pinjaman kadar
tetap.
Peminjam tetap akan mempunyai pilihan untuk mengambil pinjaman
sewa beli dengan kadar tetap atau kadar berubah. Kelebihan
mengambil pinjaman dengan kadar tetap ialah kadar faedah yang dikenakan akan kekal sama sepanjang tempoh pinjaman. Hal ini
berbeza dengan pinjaman kadar berubah yang mungkin kelihatan
lebih “murah" apabila kadar polisi semalaman berkurangan kerana
kadar faedah juga akan berkurang. Walau bagaimanapun, pinjaman
akan menjadi lebih "mahal" apabila kadar polisi semalaman
meningkat kerana kadar faedah juga akan turut meningkat
Ya. Sejak 2005, penyedia sewa beli dilarang mengenakan kadar
faedah yang lebih tinggi daripada 10% setahun untuk pinjaman kadar
tetap , dan 17% setahun untuk pinjaman kadar berubah. Kadar
faedah maksimum ini diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan
Sewa Beli (Caj Terma) 2005, dan kadar faedah maksimum untuk
pinjaman kadar tetap telah dinyatakan dalam bentuk kadar nominal.
Kadar faedah nominal, pada dasarnya, merujuk kepada kadar
faedah pinjaman yang dinyatakan atau diiklankan oleh penyedia
sewa beli sebelum mengambil kira faedah berkompaun
(“compounding interest”) serta fi dan caj yang lain. Oleh sebab itu,
kadar faedah nominal mungkin dilihat sebagai lebih rendah daripada
Kadar Faedah Berkesan (“KFB”).
Usul untuk melaraskan kadar faedah maksimum kepada KFB tidak
melebihi 17% setahun dalam perenggan 20.9(c) KK2 bukan
bertujuan untuk mengubah had sedia ada (sila rujuk penerangan
dalam jawapan kepada Soalan 7 untuk maklumat lanjut).
Kadar Faedah Berkesan (“KFB”) adalah kadar yang mencerminkan
faedah sebenar yang dibayar oleh peminjam kepada pemberi
pinjaman selepas mempertimbangkan kesan pengkompaunan serta
fi dan caj lain yang tidak diambilkira oleh kadar faedah nominal. KFB
mencerminkan kos sebenar pinjaman sepanjang tempoh pinjaman
tersebut. Dalam proses memilih pinjaman yang sesuai, peminjam
digalakkan untuk mengenal pasti KFB pinjaman tersebut supaya
perbandingan kadar yang ditawarkan oleh penyedia sewa beli dapat
dilakukan dengan betul.
Kadar maksimum untuk pinjaman sewa beli yang tidak melebihi KFB
17% setahun, seperti yang diusulkan dalam perenggan 20.9(c) KK2,
tidaklah berlainan dengan kadar faedah nominal maksimum yang
telah diperuntukkan untuk pinjaman kadar tetap selepas ditukarkan
kepada KFB, dan juga kadar yang diperuntukkan untuk pinjaman
kadar berubah di bawah Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Caj Terma)
2005.
Berdasarkan usul yang dicadangkan, had maksimum akan
dinyatakan dalam bentuk KFB untuk memberi gambaran yang lebih
tepat kepada peminjam mengenai kos sebenar pinjaman yang
ditawarkan oleh penyedia sewa beli. Sehubungan dengan itu,
penyedia sewa beli juga perlu mengiklankan kadar faedah pinjaman
yang ditawarkan oleh mereka dalam bentuk KFB. Hal ini kerana
kadar nominal yang diiklankan oleh penyedia sewa beli mungkin menyebabkan peminjam tersalah anggap bahawa pinjaman tersebut
lebih “murah” daripada kos sebenar. Perbezaan kadar nominal dan
kadar sebenar atau KFB telah dijelaskan dalam Jadual 2 di bawah
perenggan 20.6 KK2.
Menetapkan had maksimum dan mewajibkan penyedia sewa beli
untuk menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan KFB akan
menambah baik kebolehan bakal pembeli pinjaman untuk meninjau,
membandingkan dan memilih tawaran yang paling sesuai untuk
mereka.
Apabila peminjam menyelesaikan pinjaman sewa beli mereka secara
lebih awal daripada tempoh pinjaman di bawah kontrak, penyedia
sewa beli akan mengetepikan (“waive”) pembayaran faedah yang
diperuntukkan untuk bulan-bulan selebihnya. Penepian (“waiver”) ini
biasanya digelar "rebat" atau "diskaun".
Di bawah ASB yang disemak semula, tidak akan ada penepian
seperti ini kerana pinjaman kadar tetap dan kadar berubah akan
menggunakan kaedah baki berkurangan untuk mengira faedah, di
mana jumlah bayaran faedah bulanan dikira berdasarkan baki
pinjaman tertunggak. Apabila peminjam selesai membayar
keseluruhan jumlah pinjaman yang tertunggak, tiada lagi faedah
yang terkumpul. Maka, tiada “rebat” atau “diskaun” yang akan
ditawarkan oleh penyedia sewa beli.
tujuan melaksanakan dan mengubah perjanjian sewa beli?
Tidak, ia cuma menjadi pilihan untuk penyedia sewa beli memilih
sama ada ingin terima pakai peruntukan tersebut. ASB yang telah
disemak semula masih akan membenarkan penerimaan
tandatangan secara sedia ada dan secara tambahan, ASB juga akan
membenarkan penerimaan penggunaan tandatangan digital dan
elektronik sebagai salah satu cara bagi penyedia sewa beli
melaksanakan atau mengubah perjanjian sewa beli. Ini adalah
bertujuan untuk memudahkan urusan penyedia sewa beli dalam
melaksanakan dan mengubah perjanjian sewa beli tanpa perlu
mengadakan perjumpaan secara bersemuka atau menyediakan
salinan cetak perjanjian sewa beli tersebut.