Berikutan pengeluaran Kertas Perundingan Awam Kedua kami baru-baru ini, Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) akan mengadakan Dewan Perbandaran untuk peserta pasaran daripada Agensi Pemungut Hutang (Debt Collection Agency, DCA), Pembeli Pinjaman Terjejas (Impaired Loan Buyer, ILB), Pemfaktoran (Factoring), Pemajakan (Leasing), Perkhidmatan Kaunseling & Pengurusan Hutang (Debt Counselling & Management Agency, DMA) dan Sewa Beli (Hire Purchase, HP). Sesi tersebut akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai objektif CCA, rangka kerja pengawalseliaan yang dicadangkan dan dasar yang berkaitan.
Dewan Perbandaran ini akan menjadi taklimat mengenai perkara-perkara yang diliputi dalam CP2 yang dikeluarkan pada 5 April 2023.
Butiran sesi adalah seperti berikut:
Tarikh : 11-13 April 2023
Tempat : Dewan Persidangan 2, Sasana Kijang, 2, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
[Pendaftaran untuk Dewan Perbandaran akan bermula setengah jam sebelum setiap sesi Dewan Perbandaran]
Tempat letak kereta : Tempat letak kereta tanpa tunai (Touch n' Go) di LG4 & LG5
Pihak yang berminat dikehendaki mendaftar kehadiran anda (terhad kepada 3 orang setiap syarikat) melalui Pautan Pendaftaran kami selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, Isnin 10 April 2023.