Kertas Perundingan Awam Kedua: Deraf Akta Kredit Pengguna 2023

Kertas Perundingan Awam (Bahagian 2) ini diterbitkan oleh Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Pasukan Petugas) susulan daripada penerbitan Kertas Perundingan Awam (Bahagian 1) pada 4 Ogos 2022.


Pasukan Petugas telah menerima maklum balas yang konstruktif daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung dengan Kertas Perundingan Bahagian 1. Seterusnya, Pasukan Petugas telah mengumpul perspektif yang khusus melalui beberapa sesi penerangan industri yang diadakan pada 25 dan 26 Ogos 2022. Semua pandangan, ulasan dan cadangan ini telah dipertimbangkan dengan sewajarnya dan akan digunakan bagi menetapkan keperluan terperinci untuk membangunkan satu rangka kerja yang disasarkan untuk mengawal selia entiti yang menjalankan perniagaan menyediakan kredit dan perkhidmatan kredit.

Pasukan Petugas mempelawa maklum balas secara bertulis mengenai keperluan dan jangkaan pengawalseliaan yang dicadangkan dalam Kertas Perundingan ini, termasuk cadangan mengenai sebarang isu atau bahagian yang memerlukan penjelasan lanjut, atau cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh Pasukan Petugas. Maklum balas bertulis ini hendaklah disertakan dengan penerangan, bukti, atau ilustrasi yang jelas, mengikut kesesuaian, bagi memudahkan penilaian oleh Pasukan Petugas.


Semua maklum balas hendaklah dikemukakan kepada Pasukan Petugas selewat-lewatnya pada 15 Mei 2023 melalui mana-mana kaedah yang berikut :

(1) E-mel kepada CCAConsultation@bnm.gov.my  
(2) Hantar maklum balas anda di sini ---> Halaman Maklum Balas Perundingan CCA 

Muat Turun Dokumen
Muat Turun Dokumen Ringkasan CP2