Kertas Maklum Balas Awam ini dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna susulan maklum balas yang diterima pada Kertas Perundingan Awam Bahagian 2 (CP2) bertarikh 5 April 2023.
Sebagai latar belakang ringkas, CP2 dibahagikan kepada dua bahagian yang luas; keperluan pengawalseliaan yang dicadangkan mengenai pemberikuasaan dan amalan orang yang berlesen dan berdaftar, serta pemodenan Akta Sewa Beli 1967.
Tempoh maklum balas berakhir pada 15 Mei 2023.