Industri Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) di Malaysia

BNPL Data for 1H 2025 (BM)_V3 1_Page_1
BNPL Data for 1H 2025 (BM)_V3 1_Page_2
BNPL Data for 1H 2025 (BM)_V3 1_Page_3
BNPL Data for 1H 2025 (BM)_V3 1_Page_4

Jenis Industri Kredit

Beli Sekarang Bayar Kemudian
(Buy Now Pay Later, BNPL)

Ciri-ciri perniagaan BNPL
  • Tujuan BNPL adalah untuk memberikan pinjaman kepada pengguna untuk membayar barangan dan perkhidmatan bayaran itu telah dibuat oleh penyedia BNPL kepada peniaga pada harga jualan diskaun yang dipersetujui untuk BNPL
  • Dikendalikan sepenuhnya melalui platform digital
  • Proses pendaftaran penyertaan yang lebih mudah, serta proses Kenali Pelanggan Anda (Know-Your-Client, KYC) dan pengesahan yang minimum
  • Kelulusan serta-merta
  • Digunakan oleh peniaga tertentu atau melalui platform tertentu. Pada mulanya, BNPL hanya untuk pembelian dalam talian. Namun, BNPL kini juga tersedia di kedai, lazimnya bagi produk fesyen, elektronik dan gaya hidup.


BNPL_BM

Pemajakan

Ciri-ciri perniagaan pemajakan
  • Kontrak antara pemberi pajak dan penerima pajak untuk` menyewa aset tertentu untuk tempoh tertentu atas pembayaran sewa yang ditentukan
  • Dua jenis pemajakan:
  • Pemajakan kewangan (jangka panjang)
  • Risiko dan pulangan dipindahkan kepada penerima pajak
  • Sama seperti sewa beli tetapi tiada pemindahan hak milik – penerima pajak mempunyai pilihan untuk membeli pada akhir tempoh pajakan
  • Operational lease (short term)
  • Pemajakan operasi (jangka pendek)
Pemajakan

*Barangan

·  Kenderaan komersial

·  Sistem komputer dan peralatan berkaitan IT

·  Loji & jentera

·  Peralatan pembinaan, peralatan pengendalian bahan

·  Peralatan berkaitan ekopelancongan

·  Peralatan berkaitan perkhidmatan kesihatan

·  Peralatan berkaitan tenaga

·  Peralatan berkaitan minyak & gas

·  Peralatan pejabat

Pemfaktoran

Ciri-ciri perniagaan pemfaktoran
  • Transaksi antara Penjual (penyedia barangan/perkhidmatan) dan Pembeli (pengguna), dan Pemfaktor (pihak yang membuat bayaran untuk pembayaran belum diterima daripada Penjual hasil daripada jualan barangan/perkhidmatan).
  • Melibatkan Penjual menyerah hak pembayaran belum terima daripada Pembeli kepada Pemfaktor..
  • Pemfaktoran menyediakan akses mudah tunai kepada Penjual untuk keperluan modal kerja mereka.
  • Pemfaktor membantu menjejak, memantau dan mengutip bayaran belum terima daripada Pembeli (Penyelenggaraan Lejar Jualan) bagi pihak Penjual.
  • Pemfaktor boleh memberikan kemudahan pemfaktoran sama ada 'dengan rekursa' atau 'tanpa rekursa'
  • ‘dengan rekursa' - pemfaktor boleh mengenakan caj bayaran lewat, caj mungkir dan mengambil tindakan undang-undang ke atas Penjual, sekiranya Pembeli gagal membayar pembayaran apabila matang.
  • Perniagaan yang memerlukan kredit daripada syarikat pemfaktoran terdiri daripada entiti mikro dan PKS hinggalah syarikat korporat yang besar, bagi tujuan 

  • pengurusan aliran tunai
  • pengurusan bayaran tidak diterima/kutipan hutang
  • pengoptimuman rantaian bekalan.
Pemfaktoran
Pemfaktoran Berbalik

Pembeli Pinjaman Terjejas
(Impaired Loan Buyers, ILB)

Ciri-ciri perniagaan ILB
  • Pinjaman Tidak Berbayar (Non-Performing Loan, NPL) terdiri daripada pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit dan lain-lain daripada bank dan bukan bank [bercagar atau tidak bercagar].
  • ILB membeli hutang (terjejas) daripada pemberi pinjaman pada nilai diskaun dan mengambil alih hak dan obligasi pemberi pinjaman di bawah perjanjian kredit dengan peminjam.
  • Faktor dalam menentukan nilai diskaun: tempoh pinjaman; sama ada pinjaman bercagar atau tidak bercagar; sama ada tujuan pinjaman adalah untuk kegunaan peribadi atau komersial; dan umur peminjam.
  • Tiada penglibatan dalam originasi/pemberian kredit kepada peminjam.
  • Perolehan belum terima dan pengesahan melalui Perintah Letak Hak Mahkamah sebagai pemilik baharu akaun belum terima.
  • Melakukan penilaian kredit untuk membuat keputusan dalaman bagi menentukan harga pembelian dan kebolehlaksanaan kutipan.



ILB_BM

Agensi Pengutip Hutang 
(Debt Collection Agencies, DCA)

Ciri-ciri perniagaan DCA
  • DCA bertindak sebagai ejen penyedia kredit, bagi menjalankan usaha kutipan semula ke atas peminjam tertunggak.
  • Memeterai perjanjian tahap perkhidmatan dengan penyedia kredit untuk mengutip kredit tertunggak.
  • Panggilan dan lawatan di premis merupakan aktiviti terasnya.
  • Fi diperoleh untuk kes yang berjaya sahaja, lazimnya tiada fi pendahuluan atau fi kekal khidmat (retainer) dikenakan.
  • Lazimnya, DCA tidak mengutip wang tunai. Sebarang bayaran oleh pelanggan akan dibuat terus kepada penyedia kredit.
  • DCA yang mengambil kes daripada institusi kewangan berlesen dikehendaki mematuhi standard minimum dan syor seperti yang terkandung dalam Pekeliling BNM bertajuk ‘Fair Debt Collection Practices’.


DCA_BM