Kertas Perundingan Awam: Deraf Akta Kredit Pengguna 2023

Kertas perundingan ini disediakan oleh Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) dengan sokongan daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pasukan Petugas ini ditubuhkan sebagai pengaturan pentadbiran untuk melihat pemuktamadan Rang Undang-undang Kredit Pengguna dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan. Selepas penggubalan Akta Kredit Pengguna, Pasukan Petugas akan dirasmikan dan diperbadankan sebagai Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB).


Pasukan Petugas mempelawa ulasan bertulis dan maklum balas mengenai cadangan yang dibentangkan dalam kertas perundingan ini, termasuk cadangan mengenai perkara yang perlu dijelaskan atau dihuraikan dengan lebih lanjut serta sebarang cadangan alternatif yang perlu dipertimbangkan oleh Pasukan Petugas. Untuk memudahkan semakan Pasukan Petugas, kami meminta perincian yang mencukupi mengenai rasional atau asas untuk menyokong pandangan anda, bukti atau ilustrasi yang disertakan, sebagaimana yang mungkin sesuai.


Maklum balas dan komen hendaklah dikemukakan kepada Pasukan Petugas selewat-lewatnya pada 5 September 2022 melalui e-mel kepada CCAConsultation@bnm.gov.my.

Muat Turun Dokumen