Perihal kredit anda penting

Matlamat utama kami adalah untuk melindungi pengguna kredit daripada amalan pasaran yang tidak adil

Kertas Perundingan Awam Bahagian Kedua : Deraf Akta Kredit Pengguna 2023
Muat Turun Dokumen
Mengenai Kami

Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB TF)

Pasukan Petugas CCOB diterajui oleh Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan bertanggungjawab menerajui penggubalan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) serta persiapan awal bagi penubuhan rasmi Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna yang dijangka pada suku pertama tahun 2025 selaras dengan penggubalan RUUKP. Pasukan Petugas CCOB akan menjadi badan berkanun, CCOB, setelah RUUKP digubal dan menjadi Akta Kredit Pengguna (CCA).

Ketahui Lagi
ccob-pic1
Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Consumer Credit Oversight Board, CCOB)

CCOB akan menjadi badan berkanun yang mengawal selia dan mengawasi penyedia kredit bukan bank dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah CCA semasa fasa 1.

Majlis Kredit Pengguna Malaysia (CCC)

Akta Kredit Pengguna (CCA) akan memperuntukkan penubuhan Majlis Kredit Pengguna Malaysia (CCC) yang akan bertindak sebagai platform untuk koordinasi dan kerjasama antara Kementerian dengan agensi untuk memastikan CCA dilaksanakan secara konsisten dan berkesan oleh semua pihak berkuasa berkaitan dalam fasa pertama dan kedua. Keahlian MKP akan terdiri daripada wakil yang dilantik daripada kalangan pegawai atasan di kementerian dan agensi pengawal selia.

Akta Kredit Pengguna (CCA)

CCA bertujuan untuk menggalakkan amalan pemberian pinjaman yang adil dan bertanggungjawab ke arah budaya kredit yang berhemat dan bertanggungjawab di dalam negara.

Cadangan Skop Kami

Industri Kredit Pengguna

Adanya CCOB adalah untuk melindungi kepentingan [pengguna kredit] dalam pelaksanaan semasa Fasa 1. CCOB akan mengawal selia dan mengawasi penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit bukan bank berikut yang masih tidak dikawal selia oleh mana-mana Kementerian atau agensi.

bnpl
Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL)
leasing
Pemajakan
factoring
Pemfaktoran
nonbank
Pemerolehan Pinjaman atau Pembiayaan Terjejas
debt-collector
Agensi Pemungut Hutang
DMA Grpahic
Perkhidmatan Kaunseling & Pengurusan Hutang

Masih mencari jawapan?
Soalan Lazim
Muat Turun Soalan Lazim CP1
Muat Turun Soalan Lazim CP2