Status Terkini Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025

Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025 dan oleh Dewan Negara pada 4 September 2025, menandakan pencapaian penting dalam memperkukuh ekosistem kredit pengguna di Malaysia.

Ciri utama RUUKP termasuk:
  • Melindungi pengguna kredit melalui layanan adil, ketelusan, dan mekanisme penyelesaian yang berkesan.
  • Memperkasa industri kredit dengan menggalakkan pembiayaan bertanggungjawab dan inovasi di bawah kerangka kawal selia yang bersepadu.

RUUKP kini menunggu perkenan Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ia digazetkan secara rasmi menjadi undang-undang.

Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) dijangka mula beroperasi, dan Akta Kredit Pengguna dijadualkan akan dikuatkuasakan pada suku pertama tahun 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: